Selasa, 27 November 2012

sweet memo with my all family. . .

poksu beejay & maksu zaira's wedding......

assalamualaikum..lama tak update..10/11/12 atau 10 november 2012 lepas aku and family aku gi pekan pahang..poksu aku kahwin..memang cantik tarikh tu dgn no ikut susunan cmtu....tema wedding poksu aku kaler pink and putih..(aku x suka pink..>.<)..boleh laa...tp kitorang sekeluarga pergi kenduri lewat sikit dalam kul 3..poksu aku pun bukanlah darah daging kitorang...just adik bongsu kepada mak sedara aku yakni adik ipar kepada mak aku...tapi dia mmg rapat dgn family kitorang..
ape yg bestnyeee kat kenduri poksu aku...tak tau laaa...kitorang sampai lewat.tp yg best kitorang amik bnyak gambar utk kenangan...siap ikut sekali diorang gi photoshoot kat tepi pantai..hahaha...
 ape2 pun...malas nk cerita panjang...just nak share or simpan gambar wedding poksu aku...
yang ni aku edit sikit..kasi cun.....
ecewahh moksu...poksu aku plak  muka cam nak terkam moksu je..hehe

we all togeher. . . . .

hehehe...kanak2 riang...itu je that i can say..

aku selalu amik gambar dgn sepupu aku si linda ni..sebab hobi kitorang sama..suka snap pic..guna fon pun jadi..huhu
anak2 dara dalam family kitorang yg kiut miut..
ini la dia..family aku yg cun2...

hang tuihhh....hahaha...nak merasa pakai tengkolok..

takkan baca je kot. . .komen la sekali. . .^_^

Khamis, 8 November 2012

Dinner Bersama Keluarga. . . .

 Assalamualaikum...malam tu 8/11/2012 hari khamis malam jumaat..kitorang sekeluarga pergi shoping dulu kat pasaraya Ten Ten (Bukit Setongkol)..cari baju dgn hadiah utk wedding poksu aku..besar jugak pasaraya tu...baru je bukak kat situ...cantik dari tempat lain..time tu plak diorang buat promosi..memang banyak la barang2 dijual dalam harga RM2 je...biskut,jajan,air ke apa2 barang yg kecik skit banyak jual dalam RM2 je..dah siap kitoang beli barang hadiah untuk poksu aku kawin..(baju melayu je x beli sebab takde choice lain)..kitorang semua balik rumah sekejap untuk ambik anak2 dara yang lain untuk pergi makan kat restoran Sara Thai Kitchen @ Balok..dah sampai kat restoran tu aku tgk...fuyooo..memang kelas giler restoran dia...dekorasi dia memang cun laa...simple but nice to look...waktu plak malam..kalau bawak awek gerenti romantik giler...hahaha...kitorang order ikan pari bakar petai 2 ekor,tomyam 2 mangkuk,kangkung goreng belacan 2,telur dadar 2,air teh 2 jag..tu je..banyak2 x habis plak..ikan pari bakar petai tu rasa dia..boleh laa...tapi x sesedap kat Restoran Ana Ikan Bakar Petai @ Tanjung Lumpur..rasa ikan bakar dia lagi gempak!!!(fuhhh)...tapi yang paling best kat Sara Thai ialah tom yam dia...perghhhh...terangkattt....kangkung goreng belacan pun sedap gak...malam tu..kitorang makan puas2..(alih2 tak habis gak..)kenyang toksah cakap la...balik terpaksa cover perut...hahahaha...time nak bayar..kitorang agak2 je laa dalam RM100 Lebih..tup2..memang RM100 lebih pun...tapi RM199!!!mak aihh....giler gedabak..order rasenye sikit je menu...terpaksa la bayar jugak walaupun x puas hati...nak buat macam mana...dh masuk dlm perut dh....xkan nak muntahkan balik bg kat diorang...kitorang pun balik je laaa dgn senang hati + tak puas hati la gak..huhu..apa2 pun....rasanya baik makan kat Restoran Ana Ikan Bakar Petai..harga pun berpatutan la gak....ikan pun sedap...kenyangggg....

sepupu aku...amirul gak nama dia...

adik aku shahirah dgn sepupu aku...linda

muka2 orang kelaparan..nak2 baju biru tu...hehehe



ikan pari bakar with PETAIIII!!!!!!!..slurrppp...

di sebalik teh ada Linda...kih3

alamak!!besar plak aku bila pakai jaket tu...


takkan baca je kot. . .komen la sekali. . .^_^

Jumaat, 2 November 2012

Sejarah Sungai Lembing..(best wooo)


Jika anda mahu melihat bagaimana rupa El-Dorado asia, pergilah melawat ke pekan Sungai Lembing, Pahang. Ia merupakan satu pekan paling kaya, moden dan termaju suatu masa dahulu di negeri pahang ketika harga bijih timah dunia masih baik.

Kini semua kegemilangan suatu masa dulu telah malap, pekan tersebut menjadi seperti pekan koboi yang ditinggalkan. Banyak kedai-kedai yang telah ditutup. banyak bangunan serta rumah telah ditinggalkan.

Sungai lembing merupakan tempat terletaknya sebuah lombong bijih timah bawah tanah yang paling dalam dan juga paling besar di dunia. Jika anda rasa jarak dari Kuala Lumpur ke Kuantan dah agak jauh, maka begitu jugalah jarak terowong lombong bijih timah yang ada di bawah tanah itu.
Jarak terowong yang ada keseluruhannya adalah sepanjang 322 km !!!. Di dalam terowong itulah suatu masa dahulu para pekerja lombong berlalu lalang masuk dan keluar mengeluarkan hasil bumi yang amat maham suatu masa dahulu.

Lombong Bijih di situ pada awalnya dibuka oleh Lim Ah Sam pada tahun 1868. Kemudia pada tahun 1887 ia mula diusahakan secara intensif oleh syarikat The Pahang Corporation Limited, sebuah syarikat yang dikuasai oleh British. Ia ditutup terus dari operasi pada bulan September tahun 1986 akibat dari merudumnya harga bijih timah di pasaran.

Apa yang tinggal sekarang hanyalah sebuah muzium yang merupakan bekas rumah pengurus lombong tersebut suatu masa dahulu yang merupakan orang putih. Didalamnya dipamerkan bekas-bekas peralatan yang pernah digunakan dulu.

Lombong yang masih ada di bawah tanah tersebut telah dipenuhi air dan tidak dapat serta bahaya untuk dimasuki akibat tidak dipelihara dan dijaga dengan baik. Generator yang digunakan untuk mengepam air semua keluar berada didalam tanah dan sudah tidak dapat digunakan lagi.

Kalau diluar negara yang maju saya yakin Pekan Sg Lembing ini sudah dapat menjana berjuta-juta ringgit hasil daripada aktiviti pelancongan. Pekan ini memang indah, sejuk dan banyak daya tarikan lain. Terlalu rugi jika tidak diekploitasikan oleh kerajaan negeri dengan baik.

Muzium ni best...sejukk..(ada aircond..)tambah plak
tempat sana memang dh sejuk..

Pekan Sungai Lembing aka Pekan Koboi..

Yang paling jadi tarikan kat sungai lembing ialah..air terjun pelangi..
(aku tak tau kat mana tempat ni..=,=)

replika terowong bijih timah..(yg real takda pic)
Aku ni dah lama tak pergi Sungai Lembing ni..last pergi..tahun 2007 agaknya..sekarang ni dh agak pesat jugak pembangunan kat sana..(boleh laa)..ada mini zoo,jambatan gantung...kira boleh laa release tension..

takkan baca je kot. . .komen la sekali. . .^_^

Terdapat ralat dalam alat ini