Khamis, 13 Disember 2012

Cuti2 Ke Perak,Penang dan Kedah. . .(part 1)


hehehehehe....cam nak terjun je dalam kolam ikan belakang aku tu...

assalamualaikum...9/12/2012...(jumaat)..kitorang bertolak dari kuantan ke perak dalam pukul 11malam..memang excited gak arr coz nak jalan2 dgn keluarga...ramai2 plak tu...lagipun yg ni kali kedua pergi ke sana..pergi ke perak kitorang just 2 kenderaan je...van sewa 1 dgn kereta ayah saudara aku..aku ofcoz la naik van...baru sedap nk tido..mmg lama gak nak sampai ke sana..lebih2 lagi ke Bukit Merah..ayah saudara aku sewa apartment kat resort sana..berapa kali berhenti daaa...kejap nk buang air..kejap nak makan..kitorang sampai Perak dalam pukul 6 am..sampai apartment plak pukul 9am gitu la...smpai je..kitorang siap2 utk ke Taiping...nak pergi zoo..sampai kat zoo...mcm2 la ambik gambar...belum masuk lagi tu...hahaha...tapi...aku boring la masuk zoo..kat KL pun masuk zoo,Melaka,kat Kemaman,kt Kuantan tempat aku sendiri pun masuk zoo..lain la kalau ade dinosour dalam tu..(cewahhh)..ape2 pun..tiket masuk...mahal gak..dah la aku kena bayar utk tokwan aku,adik aku,mak aku dan aku...wooo....RM46..(fly..fly..fly...)tapi xpe la...janji happy...ape yg aku nampak dalam zoo tu toksah cerita la...semua binatang2 yg biasa ada dalam zoo...cuma aku takut masuk zoo sana sebab pagar die rendah2..mcm sistem keselamatan sana lemah je..buaya besar2 mcm duduk sebelah jalan je..pagar plak rendah..silap haribulan tiba2 cik buaya tu nak ngorat anak dara org smpai keluar pagar..x ke naya tu cik jenab oii....tapi yg paling aku suka masuk zoo sana and kenangan takkan aku lupa iaitu aku dapat pegang ular sawa...horeyy!!akhirnya..aku dpt pegang ular sawa and amik gambar dgn cik sawa..panas je rupanya badan cik ular tu...aku igt sejuk je..hohoho...muka nampak cool...tp hati...dupdapdupdap gak...hahaha...xde la debar sgt...sebab time tu penat sgt2 dh berjalan..hbs gi zoo..kitorang ke kampung atau tempat asal pakteh aku...kampung ape nama ntah lupe..jauh gak la..utk makan durian kampung yg murah gilerr siott...terkezutt aku,,durian die....boleh tahan la..ade gak rasa durian tu..kebaboomm sedap die..almaklumlah..hantu durian..aku happy sgt bile tgk tokwan aku nampak bahagia sgt...ye la..dh berapa tahun tak pergi bercuti..asyik dukkk aje kat rumah..die penat asyik sorok aje..aku tau die saje sorok biar org lain xnak rasa die tu mcm perosak atau bagi susah aje...kitorang semua tau..kesian tgk die penat...smua berhenti berehat sekali..mmg boleh nampak muke die..kalaulah arwah tokki aku ada lagi..:'( dh kenyang makan durian..kitorang balik apartment utk berehat...nak balik cepat sebab nak tgk bola..malaysia lawan thailand..huhu..biarpun kecewa sedikit sebab seri tp kira ok la tu..mintak utk kali kedua tu boleh plak dpt...ok...utk second day kitorang punya holiday..sambung ke bahagian kedua plak..malas nak taip pnjang2..
depan pintu masuk...ni posing je ekk bukan  jd jaga kt situ ahak..

aku tergelak tgk muka org kat belakang aku tu...linda kabo ke aku tu gorilla terlepas dr zoo..hahaha

tiket masuk yg perlu aku bayar...wooo...nape x free je..

banyak2 binatang..binatang ni la yg paling comel bg aku...

horeyyy...ular....ular..


takkan baca je kot. . .komen la sekali. . .^_^

Selasa, 4 Disember 2012

Seram beb.....kaki mencari jasadnya semula...

assalamualaikum..cerita ni aku pernah baca dalam satu majalah...memang seram membacanya..tak ingat pulak majalah apa..tapi cerita ni aku copy dr blog lain sebab sajee...tak tau nk update pasal ape dlm blog aku ni..huhu..dah la malam2 aku baca....hishh...seram aku...ape2 pun..cerita ni aku rasa mungkin rekaan saje sebab ada perkara yg tak sahih..tapi still seram.. >.<
p/s : JANGAN BACA KALAU LEMAH SEMANGAT....>__<



Sudah 15 hari Hashim dikebumikan selepas maut dalam satu kemalangan di simpang 3. Namun kesedihan Zaoyah masih belum reda. Kematian suami tersayang membuatkan Zaoyah bagaikan helang kepatahan sayap. Tempat bergantung juga sudah tiada, tempat bermanja jauh sekali.
Zaoyah masih ingat ketika pagi kejadian, dia masih di dapur apabila Hashim memberitahu dia terpaksa ke tempat kerja lebih awal pagi ini. Zaoyah hanya sempat membancuh milo, tetapi sarapan masih terjerang di atas dapur.
“Tunggu sambal tumis masak sekejap bang,” ujar Zaoyah sambil menghidangkan nasi lemak yang masih berasap.
“Tak apalah Yah, tengahari nanti abang balik, abang makanlah nasi lemak tu,” ujar Hashim. Dia kelihatan begitu tergesa-gesa. Topi keledar dicapainya dan terus disarung ke kepala. Stokin dan kasut dipakai secepat kilat dan Hashim terus menuju ke tempat letak motorsikalnya.
Sebaik sahaja Hashim pergi, Zaoyah menutup semula makanan di atas meja. Rengekan Azril, anak bongsunya segera menarik perhatiannya. Zaoyah mematikan api dapur dan terus ke bilik. Azril sudahpun bangun tetapi tangisannya sangat luar biasa dari hari-hari sebelumnya.
Zaoyah hairan. Dia merasa seluruh tubuh Azril. Tidak pula panas kalau nak dikatakan demam. Zaoyah memujuk Azril sambil menggantikan lampin. Kemudian mendukung anaknya ke dapur. Zaoyah menyuapkan telur rebus ke mulut Azril tetapi anak kecil itu menolak. Zaoyah hairan. Anaknya tidak pernah begitu sebelum ini. Jam sebelas pagi baharulah Azril berhenti menangis. Selepas menyusu Zaoyah menidurkan Azril di dalam biliknya.
Sedang Zaoyah memanaskan lauk di dapur, tiba-tiba perasaannya menjadi tidak enak. Apabila terpandang nasi lemak Hashim di meja, perasaannya menjadi semakin tidak menentu. Deringan telefon membuatkan Zaoyah tersentak. Dia segera menjawab panggilan di ruang tamu.
“Ya Allah…abang..,” tiba-tiba Zaoyah menjerit sebaik sahaja mendengar berita yang disampaikan. Hashim terbunuh dalam kemalangan ketika dalam perjalanan ke tempat kerja. Pandangan Zaoyah kelam, dia rebah tanpa meletakkan gagang telefon di tempatnya. Mujurlah jeritannya di dengar Pak Busu yang sedang mengayuh basikal melintasi halaman rumah Zaoyah. Pak Busu segera memanggil jiran-jiran wanita untuk membantu Zaoyah. Zaoyah hanya tersedar apabila jenazah Hashim sampai selepas Zuhur di rumahnya.
“Yah, kalau nak tengok muka Hashim buat kali terakhir, tengoklah. Tok dah buka kapan di mukanya,” ujar Tok Imam. Zaoyah merenung mayat Hashim yang sudah dimandi dan dikapankan oleh pihak hospital. Bagai tidak terdaya Zaoyah hendak menatap wajah suami tercinta. Terkilan hatinya kerana Hashim tidak sempat menjamah nasi lemak kegemarannya pagi tadi.
Walaupun sudah 2 minggu berlalu, Zaoyah masih menangisi kematian Hashim. Adik-beradik dan sanak saudara sudah pulang ke rumah masing seorang demi seorang. Seperti malam-malam yang lalu, Zaoyah gagal melelapkan matanya. Kenangan dan ingatannya hanya kepada Hashim. Setiap kali rindunya memuncak dia akan membaca surah al-Fatihah dan al-Ikhlas, lalu dihadiahkan kepada allahyarham. Hanya itulah ubat yang mampu menenangkan jiwanya. Kalau dia tidur pun, hanya tidur-tidur ayam. Sering dia terjaga di tengah malam dan pasti tidak mampu terlena lagi hingga ke pagi.
Malam itu Zaoyah gagal melelapkan matanya lagi. Walaupun kokok ayam yang pertama sudah kedengaran, matanya tidak mengantuk sedikitpun. Tiba-tiba telinganya menangkap bunyi tapak kaki menapak di lantai rumahnya. Zaoyah terkejut. Tak mungkin anak sulungnya Shahril bangun tengah-tengah malam. Shahril tak pernah bangun tengah malam sebelum ini. Zaoyah dapat mendengar bunyi tapak kaki yang mundar mandir ke hulu ke hilir. Tetapi kedengarannya seperti bukan berjalan, tetapi melompat setapak-setapak.
“Kucing agaknya,” bisik hati Zaoyah. Dia membiarkan bunyi tapak kaki itu menghilang. Ketika azan Subuh berkumandang. Zaoyah segera bangun dan menunaikan solat Subuh. Ketika remang Subuh mendatang, Zaoyah segera menjerang air dan mengejutkan Shahril untuk ke sekolah. Zaoyah segera mengenepikan perasaan sedihnya jauh-jauh apabila berdepan dengan anak-anak.
“Sekolah pandai-pandai Ril, abah kau dah tak ada. Kaulah ganti abah nak jaga mak bila tua nanti, nak tolong mak besarkan adik,” pesan Zaoyah kepada Shahril yang sedang menikmati minum paginya. Shahril segera mengambil beg sekolahnya dan keluar memakai kasut. Belumpun Shahril duduk, dia terpandang bekas tapak kaki di atas papan tangga menuju ke rumah. Kemudian di atas lantai menghala ke dapur dan ke bilik Zaoyah.
“Mak! tapak kaki siapa ni mak?” jerit Shahril. Zaoyah bergegas mendapatkan anaknya. Dia juga hairan melihat bekas tapak kaki berlumpur di atas lantai. Zaoyah segera teringat apa yang didengarnya malam tadi. Mungkinkah ada orang naik ke rumahnya malam tadi. Tapi siapa?
Perasaan Zaoyah jadi tidak menentu. Ini mesti ada orang yang berniat tidak baik terhadapnya. Baru tiga minggu dia menjanda,sudah adakah lelaki yang menaruh hati kepadanya?
Zaoyah segera membersihkan kesan tapak kaki di atas lantai tersebut. Sambil hatinya berdoa, janganlah ada apa-apa musibah yang menimpa dia dengan anak-anak. Malam itu Zaoyah memastikan semua pintu dan tingkap rumahnya berkunci dan bermangga. Kalau ada orang yang nak buat jahat pun, mereka tentu akan mengambil masa untuk membuka pintu dan tingkap rumahnya.
Tetapi malam itu sekali lagi Zaoyah dikejutkan oleh bunyi yang sama. Zaoyah sengaja mengajak Shahril tidur bersama di biliknya. Shahril dan Azril tidur di atas katil sedang Zaoyah tidur di atas tilam yang terhampar di atas lantai. Zaoyah bingkas bangun sebaik sahaja mendengar bunyi tapak kaki tersebut. Dia mengintai dari pintu biliknya, siapa agaknya yang berani naik ke rumahnya. Tetapi alangkah terkejutnya Zaoyah apabila melihat sekerat kaki dari betis ke bawah sedang menapak di atas lantai rumahnya. Zaoyah mengamati kaki tersebut. Dia terkaku melihat kaki tersebut terlompat-lompat mundar mandir di ruang tamu rumah. Tiba-tiba Zaoyah teringat sesuatu.
“Ya Allah, abang Hashim…” bisik Zaoyah apabila mengenali kaki itu adalah milik suaminya. Serentak dengan itu kaki tersebut hilang dari pandangan. Zaoyah bagai bari tersedar dari mimpi. Serentak itu juga tubuh Zaoyah disimbahi peluh dingin dan sejuk. Zaoyah tidak berani hendak keluar dari biliknya. Malah keesokan paginya, dia menunggu sekeliling cerah lebih dahulu baharu dia mengejutkan Shahril. Shahril tidak diberitahu apa yang berlaku. Malah ketika Shahril mengadu tentang tapak kaki tersebut, Zaoyah cuma meminta Shahril supaya tidak mempedulikannya.
Petang itu Tok Imam datang ke rumah Zaoyah. Dia hendak melihat sendiri bekas tapak kaki yang dikatakan oleh Zaoyah. Zaoyah ke rumah Pak Imam untuk meminta pandangan mengenai tapak kaki dan kaki Hashim yang dilihatnya.
“Memang saya nampak kaki dia Tok,” ujar Zaoyah sedih. “Apa alamatnya tu Tok?” soalnya lagi. Tok Imam memikir-mikir sebentar.
“Ada yang tak kena ni Yah”, ujar Tok Imam. Zaoyah tidak faham apa yang dikatakan oleh Tok Imam. Keesokan harinya, Tok Imam mengajak beberapa orang kampung ke tempat Hashim di tempat kemalangan. Tok Imam sendiri mencari di kawasan kemalangan sambil diperhatikan oleh orang-orang kampung yang lain.
“Subhanallah,” tiba-tiba Tok Imam bersuara lantang. Orang-orang kampung segera menghampiri Tok Imam. Mereka terkejut apabila melihat sebelah kaki Hashim terlindung di sebalik daun-daun keladi di dalam selut.
“Kau ambik benda ni, bawa ke masjid. Kaki ni kita kena mandikan dan kapankan. Lepas tu kita kena kebumikan,” ujar Tok Imam. Zaoyah terkejut apabila diberitahu penemuan kaki Hashim di dalam semak di tempat kemalangan.
“Mungkin yang datang tu roh dia, minta disempurnakan. Itu sahaja yang Tok boleh katakan. Wallahualam,” ujar Tok Imam ketika Zaoyah bertanya mengapa dia melihat kaki Hashim berjalan di dalam rumah.
Selepas kaki Hashim dikebumikan, Zaoyah tidak mendengar lagi bunyi orang berjalan di dalam rumahnya.
takkan baca je kot. . .komen la sekali. . .^_^

Selasa, 27 November 2012

sweet memo with my all family. . .

poksu beejay & maksu zaira's wedding......

assalamualaikum..lama tak update..10/11/12 atau 10 november 2012 lepas aku and family aku gi pekan pahang..poksu aku kahwin..memang cantik tarikh tu dgn no ikut susunan cmtu....tema wedding poksu aku kaler pink and putih..(aku x suka pink..>.<)..boleh laa...tp kitorang sekeluarga pergi kenduri lewat sikit dalam kul 3..poksu aku pun bukanlah darah daging kitorang...just adik bongsu kepada mak sedara aku yakni adik ipar kepada mak aku...tapi dia mmg rapat dgn family kitorang..
ape yg bestnyeee kat kenduri poksu aku...tak tau laaa...kitorang sampai lewat.tp yg best kitorang amik bnyak gambar utk kenangan...siap ikut sekali diorang gi photoshoot kat tepi pantai..hahaha...
 ape2 pun...malas nk cerita panjang...just nak share or simpan gambar wedding poksu aku...
yang ni aku edit sikit..kasi cun.....
ecewahh moksu...poksu aku plak  muka cam nak terkam moksu je..hehe

we all togeher. . . . .

hehehe...kanak2 riang...itu je that i can say..

aku selalu amik gambar dgn sepupu aku si linda ni..sebab hobi kitorang sama..suka snap pic..guna fon pun jadi..huhu
anak2 dara dalam family kitorang yg kiut miut..
ini la dia..family aku yg cun2...

hang tuihhh....hahaha...nak merasa pakai tengkolok..

takkan baca je kot. . .komen la sekali. . .^_^

Khamis, 8 November 2012

Dinner Bersama Keluarga. . . .

 Assalamualaikum...malam tu 8/11/2012 hari khamis malam jumaat..kitorang sekeluarga pergi shoping dulu kat pasaraya Ten Ten (Bukit Setongkol)..cari baju dgn hadiah utk wedding poksu aku..besar jugak pasaraya tu...baru je bukak kat situ...cantik dari tempat lain..time tu plak diorang buat promosi..memang banyak la barang2 dijual dalam harga RM2 je...biskut,jajan,air ke apa2 barang yg kecik skit banyak jual dalam RM2 je..dah siap kitoang beli barang hadiah untuk poksu aku kawin..(baju melayu je x beli sebab takde choice lain)..kitorang semua balik rumah sekejap untuk ambik anak2 dara yang lain untuk pergi makan kat restoran Sara Thai Kitchen @ Balok..dah sampai kat restoran tu aku tgk...fuyooo..memang kelas giler restoran dia...dekorasi dia memang cun laa...simple but nice to look...waktu plak malam..kalau bawak awek gerenti romantik giler...hahaha...kitorang order ikan pari bakar petai 2 ekor,tomyam 2 mangkuk,kangkung goreng belacan 2,telur dadar 2,air teh 2 jag..tu je..banyak2 x habis plak..ikan pari bakar petai tu rasa dia..boleh laa...tapi x sesedap kat Restoran Ana Ikan Bakar Petai @ Tanjung Lumpur..rasa ikan bakar dia lagi gempak!!!(fuhhh)...tapi yang paling best kat Sara Thai ialah tom yam dia...perghhhh...terangkattt....kangkung goreng belacan pun sedap gak...malam tu..kitorang makan puas2..(alih2 tak habis gak..)kenyang toksah cakap la...balik terpaksa cover perut...hahahaha...time nak bayar..kitorang agak2 je laa dalam RM100 Lebih..tup2..memang RM100 lebih pun...tapi RM199!!!mak aihh....giler gedabak..order rasenye sikit je menu...terpaksa la bayar jugak walaupun x puas hati...nak buat macam mana...dh masuk dlm perut dh....xkan nak muntahkan balik bg kat diorang...kitorang pun balik je laaa dgn senang hati + tak puas hati la gak..huhu..apa2 pun....rasanya baik makan kat Restoran Ana Ikan Bakar Petai..harga pun berpatutan la gak....ikan pun sedap...kenyangggg....

sepupu aku...amirul gak nama dia...

adik aku shahirah dgn sepupu aku...linda

muka2 orang kelaparan..nak2 baju biru tu...hehehe



ikan pari bakar with PETAIIII!!!!!!!..slurrppp...

di sebalik teh ada Linda...kih3

alamak!!besar plak aku bila pakai jaket tu...


takkan baca je kot. . .komen la sekali. . .^_^

Jumaat, 2 November 2012

Sejarah Sungai Lembing..(best wooo)


Jika anda mahu melihat bagaimana rupa El-Dorado asia, pergilah melawat ke pekan Sungai Lembing, Pahang. Ia merupakan satu pekan paling kaya, moden dan termaju suatu masa dahulu di negeri pahang ketika harga bijih timah dunia masih baik.

Kini semua kegemilangan suatu masa dulu telah malap, pekan tersebut menjadi seperti pekan koboi yang ditinggalkan. Banyak kedai-kedai yang telah ditutup. banyak bangunan serta rumah telah ditinggalkan.

Sungai lembing merupakan tempat terletaknya sebuah lombong bijih timah bawah tanah yang paling dalam dan juga paling besar di dunia. Jika anda rasa jarak dari Kuala Lumpur ke Kuantan dah agak jauh, maka begitu jugalah jarak terowong lombong bijih timah yang ada di bawah tanah itu.
Jarak terowong yang ada keseluruhannya adalah sepanjang 322 km !!!. Di dalam terowong itulah suatu masa dahulu para pekerja lombong berlalu lalang masuk dan keluar mengeluarkan hasil bumi yang amat maham suatu masa dahulu.

Lombong Bijih di situ pada awalnya dibuka oleh Lim Ah Sam pada tahun 1868. Kemudia pada tahun 1887 ia mula diusahakan secara intensif oleh syarikat The Pahang Corporation Limited, sebuah syarikat yang dikuasai oleh British. Ia ditutup terus dari operasi pada bulan September tahun 1986 akibat dari merudumnya harga bijih timah di pasaran.

Apa yang tinggal sekarang hanyalah sebuah muzium yang merupakan bekas rumah pengurus lombong tersebut suatu masa dahulu yang merupakan orang putih. Didalamnya dipamerkan bekas-bekas peralatan yang pernah digunakan dulu.

Lombong yang masih ada di bawah tanah tersebut telah dipenuhi air dan tidak dapat serta bahaya untuk dimasuki akibat tidak dipelihara dan dijaga dengan baik. Generator yang digunakan untuk mengepam air semua keluar berada didalam tanah dan sudah tidak dapat digunakan lagi.

Kalau diluar negara yang maju saya yakin Pekan Sg Lembing ini sudah dapat menjana berjuta-juta ringgit hasil daripada aktiviti pelancongan. Pekan ini memang indah, sejuk dan banyak daya tarikan lain. Terlalu rugi jika tidak diekploitasikan oleh kerajaan negeri dengan baik.

Muzium ni best...sejukk..(ada aircond..)tambah plak
tempat sana memang dh sejuk..

Pekan Sungai Lembing aka Pekan Koboi..

Yang paling jadi tarikan kat sungai lembing ialah..air terjun pelangi..
(aku tak tau kat mana tempat ni..=,=)

replika terowong bijih timah..(yg real takda pic)
Aku ni dah lama tak pergi Sungai Lembing ni..last pergi..tahun 2007 agaknya..sekarang ni dh agak pesat jugak pembangunan kat sana..(boleh laa)..ada mini zoo,jambatan gantung...kira boleh laa release tension..

takkan baca je kot. . .komen la sekali. . .^_^

Selasa, 16 Oktober 2012

Harta Karun Aku. . . .

assalamualaikum..entah ape aku nak tulis dlm blog aku pun tak tau la...tapi aku nak share benda yang aku suka simpan dan ada yg aku simpan hampir berkurun..(berkurun ke??)paling banyak aku simpan and kumpul ialah tiket..tak kira la tiket bas ke,wayang ke,tiket masuk funfair ke,bla4...paling banyak tiket wayang la kan..ofcoz..sebab aku ni memang kaki wayang gak arr..(ok arr tu dr kaki judi ke..hahaha)..paling lama tiket wayang yg aku ada tahun 2006...time tu aku baru form 4...cerita Jangan Pandang Belakang..tapi dh lusuh dah..boleh lagi nak baca sikit2..haa..dah dekat 7 tahun dah rupenye..jgn main2...byk lagi tu...cite ape aku dh lupa..tp aku start tgk wyg time aku form 3...tiket aku x simpan laa..lepas tu mcm2 la tiket yg aku ada..kereta api,tiket masuk times square park,zoo,planetrium,tiket monorail pun aku ade simpan lagi..wakakakaka...nak tengok gmbar2 dia??haaa..see..
duit syiling lama pun aku ada simpan and kumpul...duit luar negara tuuu..
paling lama syiling tahun 1989..syiling england ke ape..lupa plak aku...

harta karun yang aku ada....boleh jual ke x ni??hahahaha

tiket masuk taman ular kat perlis..lama x??jgn main2 haa...


takkan baca je kot. . .komen la sekali. . .^_^

Khamis, 11 Oktober 2012

Belajar Loghat Pahang. . .

Assalamualaikum..kamus ni aku copy atau ihsan dr AkuAnakPahang.blogspot.com..(copy lerr)
Negeriku....:3
walaupun aku asal dari negeri Pahang..tapi aku tak pernah lagi belajar atau guna loghat pahang...dengar pernah la..biasanya loghat Pahang boleh kita dengar dari penduduk2 di sekitar pertengahan negeri Pahang..khususnya Temerloh,Lipis,Jerantut,Maran,Jengka,Bentong,Raub..(maaf kalau tersilap..)ibu tiri aku asal Lipis...ade la jugak dengar loghat nya..kdg2 campur dgn loghat Negeri Perak..hehe..so..ini adalah kamus untuk yang nak belajar atau ambil tahu..

A
Ampuh – tenggelam/melepasi sesuatu tahap ketinggian
Auk,awok,aok - awak/kamu
Ame - kalau
Atan/Tan - gelaran untuk anak lelaki yang paling tua
Abu - pemberian hadiah kepada seseorg berupa binatang ternakan atau nak pokok buah-buahan
Ace - cuba
Anggur - pengalihan anak benih dari tapak semaian ke tempat penanaman kekal
Ambung - bakul diperbuat dari rotan yang disandang di belakang badan pemakainya

B
Babir – Degil
Bahan - Pukul.
Berlengging - Tak Pakai Baju, Pakai Seluar Jer
Berlemin - Berminyak
Biroh - Gatal
Buas - Lasak
Buboh - mengisi/meletak
Berambi - Berhati-Hati/Berwaspada
Borok - bersembang-sembang
Beraluih/Beralus - Perangai Yang Sopan Santun/Berbudi Bahasa
Bela – Baiki
Botok-botak
Bendeh,mendeh,bende - benda apa (apa hal )
Belah - bahagian/tempat asal
Bakpe - mengapa
Buat dek' - buat tak tahu aje
Berempong - tersadung (selalu dipakai untuk lembu/kerbau yang kaki terikat pada tali)
Belewok/ bewok - biawak
Boboih - bekas berisi barang bocor
Boko - talam
Bolin - tidak berpakaian
Boh - Abah
Bek - emak (sesetengah tempat di pahang tengah)
Bulo’ – penglihatan hampir-hampir nak buta
Bobok - menipu.

C
Ce - Awalan Pada Beberapa Perbuatan
Cemuih - Bosan
Chike - Mual/Muntah/ Perut Memulas
Cokeng - Tegak
Cakner - Ambil Peduli/Kisah
Cerang - mata masuk abuk
Cope - tepi
Chengin - budak bila diusik mudah menangis
Celor - keadaan cuaca tidak baik dengan hujan beserta ribut dan petir sabung menyabung
Cebek - jinjing
Ciput - cabut lari kerana takut atau dikejar sesuatu
Cembong - gelaran kepada ...
Cak Bang/Cik Abang - isteri kepada abang yang tua
Celapus - celupar
Cokoh - tercegat berdiri

D
Dan - Sempat
Doh - Sudah
Deme - Awak(Biasanya Utk Ramai)
Dedor - Suam-Suam Kuku
Deras – cepat/laju
Dedeh – hiris/potong
Debab - gelaran bagi budak lelaki yang badan besar

E
Endi/mengendi - mengada-ngada
Entoh – entah
Encik - ayah (sesetengah tempat di pahang tengah)
Embong/Mbong - adik beradik yang paling tua (seerti dengan 'Long')
Engsot – beralih sedikit tempat duduk
Embuh - mahu/hendak

G
Godei - mengacau-ngacau Air/Dodol
Gebor - Selimut
Gonyoh - Sental Kuat-kuat
Gamoknye - agaknya
Gasok - suka hati awaklah/ikut awaklah
Gonggot - Rambut Yang Digunting Tak Sekata
Gobok - rak/almari
Gebala - ambil tahu/menyibuk
Gembur - banyak/tebal (merujuk kpd duit)
Guai - berayun
Ghempoh - membaling kayu atau sesuatu ke arah kaki/betis bagi tujuan menjatuhkan / menumbangkan orang / binatang
Genyus/Tergenyus - terperanjat
Gembut/tergembut-gembut – suatu pergerakan berlaku di bawah sesuatu yang terselindung seperti dibawah daun, semak atau selimut

H
Hele' - tarik (guna tangan)
Hogoh - menggegar sesuatu dengan kuat
Hugon - hantuk kepala ke dinding
Hurong – dikelilingi/dihinggapi secara banyak oleh serangga (biasanye semut/lalat)
Hokme/aukme - kalian
Hampuras - perkataan marah dan celaan yang membawa maksud "tak guna"

I
Incit - halau keluar rumah
Iblis Koreng - perkataan marah dan celaan yang membawa maksud "perangai jahat yang teramat sangat"

J
Jabir - beg plastik
Jobing - rambut kanak-kanak lelaki yang telah panjang dan tidak terurus.
Jelobe - koyak rabak
Jebek - gaya memek muka
Jaras - sedang meningkat remaja/muda
Jas - menitik
Joho – bersepah-sepah

K
Koi/kath/Kahs/kawas/kawan - Saya
Keh/koing/kame - Saya
Komeh/(mengkin)/(ayeh) - Saya
Kome - Kami
Kohut - letih/sengal /tak larat
Karang - Nanti/Sebentar Lagi
Ketnyer - Lebih Kurang/Walaubagaimana.
Kenit - Kecil
Komeng - buah kelapa yang tiada isi (Kosong)
Kerang - buruk dalam keadaan keras
Keryin - tersengih
Kenai – kenal
Kebiaran - liar
Kelompeng - bekas isi barang dari mengkuang
Kelewok - terkoyak
Kulu/kilir - ke hulu/ ke hilir (menunjukkan arah berpandukan sungai).
Kancah - kuali besar (ada telinga tapi bersaiz kecil dari kawah)
Kemamor – pandangan kabur
Kayau – pening-pening
Kayching – cacat sebelah penglihatan

L
Lejut - basah
Lecoh - becak/ada lopak air/ada air bertakung
Layau – terhuyung-hayang
Lehit – melekit
Lempor – membaling
Lesir - baling/lontar
Lokoih - comot
Londang - tasik kecil di kawasan lembah
Layur - memanaskan sedikit menggunakan api
Lece - tilam
Lepa - tercuai
Lanpan - dulang
Linuk - leka
Lat - selang/senggang beberapa
Lempap - perapan lauk bersama rempah ratus di dalam periuk
Lempang - tampar
Lewat amat - melampaui atau melebihi had/boleh sangat

M
Moh - Jom
Mok - Mak/Ibu
Meleweh - cakap nok tak nok
Mereloh - Tidor
Melantong - Busuk Sangat
Merebang/Mengerebang - Rambut Tak Terurus
Merening -Benda Yang membulat besor
Menginding - datang dekat secara diam-diam
Merepih - mencantas/mencangkul rumput
Mengopeh - Suka Pegang Sana..Pegang Sini..Tangan Tak Duduk Diam
Melukah - Kain Yang Dipakai Terbuka (terkangkang)
Motong - Menoreh Getah
Mencelabak - Benda Jatuh Dalam Jumlah Yang Banyak/Berat
Mengkane - Telekung Sembahyang
Menanggah/penganggah - bergotong royong semasa kenduri
Membego - digunakan kepada budok kecik yang mengamuk dan buat perangai
Molo - balang
Mutan - rambutan
Meknye – kenapa
Maymay - orang yang suka menangis (chengin)
Mentik - menunjukkan keadaan tubuh seseorang yang seakan buncit atau berisi
Mokyoh - karenah/ragam
Mok De - ibu tiri
Meh-meh – rupa hamper sama
Maynoh - menukar haluan perjalanan
Mumbu - mengisi sesuatu tinggi membukit melampaui bekasnya.
Merelang - menjegilkan mata dengan keadaan marah
Memerun – membakar sampah sarap / kayun kayan selepas ditebang semasa penanaman semula

N
Nyuluh - Operasi buru binatang pada malam hari
Ngilir - Menghala Kehilir Sungai.(Dengan Bot/Perahu) Secara Perlahan.
Nok - nak/hendak
Ngeropeh - kerja tak tetap
Ngelat-tipu
Neremih - pengotor
Ngempor - tak seimbang
Nine - gelaran untuk anak perempuan yang paling tua
Nangun - sejenis khinzir yang banyak anak
Ngelempai - sesuatu yang melayang-layang ditiup angin tetapi tidak terputus dari pegangan.
Ngelewor – huyung-hayang
Ngelayor – berkeliaran
Nyongkit – mengada-ngada
Ngepong - menggigit makanan seperti daging seakan-akan menggonggong
Ngonceh – berjalan kesesuatu arah
Ngugas – berjalan cepat untuk selesaikan sesuatu tugas/tujuan
Nyor gula - kerisik
Nyeluak - muak

O
Omeh – Suka Membebel

P
Pedooh - Tipu
Pundung - Rumah Kecik Yang Dibuat Untuk Berehat
Pepalih - ..Ishh. ..Teruknye
Podot - Sumbat
Po/Pa - beg duit (purse/wallet)
Peleseran - merayau
Perentan - musim
Pejur - tengkujuh
Penganan - kuih
Para - satu bahagian di kawasan bumbung rumah yang digunakan untuk meletakkan barang-barang
Pogheng - comot
Parap - tumbukan dengan bawah tangan
Pohor – tempat melekatkan bunga telor atau sireh junjung
Pantak – ketuk
Panggil - majlis kenduri kahwin
Pinggan Ayan - pinggan diperbuat daripada besi
Parang Putting - parang yg tumpul, berkarat dan tidak ada hulu pemegang

R
Rodong/Ghodong - kawan-kawan
Rhebas - Hujan Dah Mula Turun Renyai-renyai
Ralit - Kusyuk/memberi tumpuan terlalu sangat
Re'e - letih/penat/lenguh
Rege - harga
Reloh - hari semakin malam
Renjeng - kurus tinggi
Raymoh - sepahan makanan di atas lantai
Randuk - meredah/megharungi rintangan spt air atau semak samun
Rasa Siau-Siau - rasa seperti nak demam
Rentek - juga
Rembat - khemah tempat makan tetamu semasa kenduri kahwin

S
Sesemut - Kaki Kebas
Sangei - Tudung Saji
Se'eh - Kenyang Yang Teramat Sangat
Senaklo/Sokmo - Selalu
Senoho - Sana
Soom-suam
Sompek - sumbing
Sepat - proses membuang kulit binatang yang telah disembelih.
Sigal - tangga buluh
Sengkul – tangan belok dan tak lurus
Seruh - proses penghadaman makanan
Siyo' - mangkuk tingkat
Sabak - khemah memasak semasa kenduri kahwin
Sempudai - kerja yang tidak kemas dan tersusun atau cincai

T
Tatin - mengangkat / mengutip
Tawor lebe - Air tawar sangat
Tohor - Cetek
Tekih/tekis - nyaris / tepi sesangat
Tala-paling / menunjukan
Tajur - kaedah memancing dengan meletakkan umpan hidup, batang pancing ditinggalkan dengan dipacak di tepi tebing dan pancing akan diangkat untuk beberapa masa yang lama.
Takar - tempayan diperbuat dari tanah liat
Tengke - selang/senggang beberapa
Tumpil - menolak ke bawah dari tempat yg tinggi
Tupai chor - sejenis tupai tanah (bersaiz kecil)
Tinjit - berjalan/berdiri di atas anak jari kaki sementara tumit diangkat ke atas
Tak Aci - tak adil/padan
Telohkan lagi – lebih lagi pula/berganda ukurannya
Tengkuh - ketukan secara perlahan dengan tangan
Tok Empat - ketua kampung
Tak Ketahuan Angkuh - tingkah laku yang tidak baik
Terpukang - jatuh ke belakang
Tulah - ditimpa darjat

U
Unduk - sorok
Ubang - kulit batang getah yang tertanggal selepas torehan. Sesetengah orang mencampurkannya dengan susu getah di dalam cawan tadahan.
Ubi Kembili - sejenis ubi seperti keledek tetapi mempunyai lendir dan melekit.

W
Wokme - awak semua
Wok - gelaran kepada anak yang tua atau yang bongsu sama ada lelaki atau perempuan
Wan/Wek - nenek (sesetengah tempat di Pahang Tengah)
Waris-warah - saudara mara

Z
Zaman Tori - zaman dahulukala
takkan baca je kot. . .komen la sekali. . .^_^

Isnin, 8 Oktober 2012

Kenangan Lucu. . .

Assalamualaikum..aku tak tau nak taip apa..so..aku cuma nak cerita pengalaman lucu aku time aku muda2..(eh dah tua dah aku yop..haha..)berlaku masa tahun 2008..aku keluar sorang dri ke bandar kuantan..jalan2 release tension..tempat faveret aku time tu megamall je la..ada wayang,game,bowling..waktu tu aku cuma jalan2 je..main game,beli barang sikit..nak tgk wayang takde cerita best...bla..bla..bla..dah pukul 4 pm..aku nak balik rumah..time tu naik bas je...motor tak beli lagi..aku agak mesti ada bas dalam kul 5..time aku nak tunggu bas..aku tgk..memang ramai giler umat manusia tengah tunggu bas kt situ..aku pun ckp dalam hati.(alamak!!ramainye..habislahhh..)tunggu punya tunggu masin mulut aku..kul 5 bas sampai..nama je bas tu bas sihat..tapi rupa tak sihat langsung..hampeh..aku tengok umat2 yg tengah tunggu bas tu punya la berebut nak naik bas macam budak tadika yg excited nak gi lawatan..porahhh..aku naik bas lain arr...last2 penuh gak bas tu...masih ada lagi sisa2 umat manusia kt situ...ramai plak tu.(grrrr..bongekkk)..so aku tunggu pulak next trip..kul 6 baru ada bas..tu pun dah penuh..yang sakit hatinye....pehal arr ramai plak mat2 indon gi bandar time tu...menyemak je..bas tu pulak cuma amik separuh je org yg tunggu kat situ..macam biasa la...umat2 yg tunggu bas tu...berebut bagai nak cibai..aku target bas kul 6.30 ada..sebab aku dah biasa bas2 kt situ..tiba2...tengah2 umat2 penunggu bas dah kurang...dtg plakkk umat2 yg lain..makin ramai pulakkkk...duduk laa aku sebekk sorang2 takde geng..(menyesallll!!!)
masin mulut aku..bas sampai kul 6.30..paling sakit hati aku.bas tu berhenti kt depan geng2 mulut bising...berebut punya nak rak..(macam kambing..bodoh)..pehal arr bas tu tak berhenti kat depan aku??
last2..tak dapat gak aku naik bas..dah pun masuk maghrib..hadoii..asar ntah kemana..dalam kul 7 bas ada..tapi tak berhenti sebab dah penuh....dh gelap dah..aku laparrr...smpai dekat kul 8..org yg menunggu ade lagi..ramai gak..aku nak masuk megamall jap nak beli roti dgn air...dh beli air dgn roti aku tgk...dh takde dah org2 yg tunggu bas.....fffffffffffffffffffffuuuuuuuuuuuuuuuuu...diorang dah naik bas....TAK GUNAAA!!!!!...duduk la aku sorang2 dalam gelap..dalam hati aku cakap..(balasan tinggal solat la ni..Y__Y)
ada public phone kat situ..aku nak kol pakteh aku atau paksu aku mintak tolong ambik...masuk duit syiling...jatuh..masuk..jatuh..masuk jatuh....*&()^%$#@..mencarut aku kat situ...lantaklah kalau ade org tgk..aku duduk sorang2 sampai kul 10...pukul 10 baru la bas ade..TAK GUNAA!!!!!...dari pukul 4.30 aku tunggu...pukul 10 malam baru aku boleh naik bas....memang dugaan....naik bas pun ade je dugaan yg berlaku..malehh dh aku nak cerita..kang ade plak yg terguling2 gelakkan aku...aku sendiri pun tergelak bila ingat balik..

walaupun dh lama berlaku..tapi aku still takkan lupa kenangan "manis" tu...wkakakakaka..
takkan baca je kot. . .komen la sekali. . .^_^

Rabu, 3 Oktober 2012

Ragut??

penjenayah sekarang tak memilih mangsanya..uitt..bahaya..asalkan ada duit..zasssss...
assalamualaikum..baru2 ni..aku tengok berita kat TV..seorang mangsa berbangsa cina jadi mngsa ragut kat depan rumah dia sendiri...paling teruk..dia ditetak dengan parang dgn senjata tumpul.(kayu kot) sampai patah tangan kanan..ish3...dah la meragut,lepas tu sakitkan org pulak tu...tnpa bagi amaran peragut tu terus aje tetak perempuan tu dgn rampas beg tgn dr mangsa...seram aku dengar..biarpun aku lelaki...lelaki pun boleh jd mangsa..(samun)..macam mana la kalau benda tu berlaku pada diri kita??rasanya..trauma 24 tahun..
ingat lagi tak ada satu video mangsa ragut kat depan rumah dia sendiri?alaa..video dr CCTV rumah dia..penyamun tu ikut mangsa dr kedai ke apa..lepas tu kejar mangsa sampai ke depan rumah...dah la macam mafia habis siap panjat pagar rumah lepas tu tetak mangsa dengan parang..berlaku pulak waktu tengah hari...perghhh...tak kira waktu..dua orang pulak tu penyamun..nasib baik mangsa cedera saje.kalau maut?ko jawab la kt akhirat nanti...bahaya..bahaya..bahaya...kt depan rumah sendiri pun dh rasa tak selamat..
*ni ada tips untuk elak jadi mangsa ragut...tapi..apa yang paling penting..berwaspadalah dengan keadaan sekeliling anda...


1. Jangan letak beg tangan dalam bakul terbuka di depan motosikal.

2. Simpan beg tangan dalam ruang atau tempat simpan berpenutup pada motosikal.

3. Bawa dompet yang boleh disimpan dalam kocek.

4. Bawa payung untuk melindungi diri bila berdepan penjenayah.

5. Berjalan bertentangan arus kenderaan supaya boleh nampak tindakan mencurigakan.
6. Berhati-hati setiap masa dan tunjukkan kelakuan seolah-olah sangat cermat.

7. Berwaspada mengeluarkan duit daripada mesin ATM atau ketika keluar masuk bank.

8. Ketika berjalan, rapatkan beg tangan ke badan dan pegang erat dengan kedua-dua tangan.

9. Jangan tinggalkan dompet atau beg tangan atas meja ketika makan di kedai.

10. Jangan tunjukkan pamerkan kandungan dompet, terutama wang tunai atau barang kemas.

takkan baca je kot. . .komen la sekali. . .^_^

Terdapat ralat dalam alat ini