Jumaat, 2 November 2012

Sejarah Sungai Lembing..(best wooo)


Jika anda mahu melihat bagaimana rupa El-Dorado asia, pergilah melawat ke pekan Sungai Lembing, Pahang. Ia merupakan satu pekan paling kaya, moden dan termaju suatu masa dahulu di negeri pahang ketika harga bijih timah dunia masih baik.

Kini semua kegemilangan suatu masa dulu telah malap, pekan tersebut menjadi seperti pekan koboi yang ditinggalkan. Banyak kedai-kedai yang telah ditutup. banyak bangunan serta rumah telah ditinggalkan.

Sungai lembing merupakan tempat terletaknya sebuah lombong bijih timah bawah tanah yang paling dalam dan juga paling besar di dunia. Jika anda rasa jarak dari Kuala Lumpur ke Kuantan dah agak jauh, maka begitu jugalah jarak terowong lombong bijih timah yang ada di bawah tanah itu.
Jarak terowong yang ada keseluruhannya adalah sepanjang 322 km !!!. Di dalam terowong itulah suatu masa dahulu para pekerja lombong berlalu lalang masuk dan keluar mengeluarkan hasil bumi yang amat maham suatu masa dahulu.

Lombong Bijih di situ pada awalnya dibuka oleh Lim Ah Sam pada tahun 1868. Kemudia pada tahun 1887 ia mula diusahakan secara intensif oleh syarikat The Pahang Corporation Limited, sebuah syarikat yang dikuasai oleh British. Ia ditutup terus dari operasi pada bulan September tahun 1986 akibat dari merudumnya harga bijih timah di pasaran.

Apa yang tinggal sekarang hanyalah sebuah muzium yang merupakan bekas rumah pengurus lombong tersebut suatu masa dahulu yang merupakan orang putih. Didalamnya dipamerkan bekas-bekas peralatan yang pernah digunakan dulu.

Lombong yang masih ada di bawah tanah tersebut telah dipenuhi air dan tidak dapat serta bahaya untuk dimasuki akibat tidak dipelihara dan dijaga dengan baik. Generator yang digunakan untuk mengepam air semua keluar berada didalam tanah dan sudah tidak dapat digunakan lagi.

Kalau diluar negara yang maju saya yakin Pekan Sg Lembing ini sudah dapat menjana berjuta-juta ringgit hasil daripada aktiviti pelancongan. Pekan ini memang indah, sejuk dan banyak daya tarikan lain. Terlalu rugi jika tidak diekploitasikan oleh kerajaan negeri dengan baik.

Muzium ni best...sejukk..(ada aircond..)tambah plak
tempat sana memang dh sejuk..

Pekan Sungai Lembing aka Pekan Koboi..

Yang paling jadi tarikan kat sungai lembing ialah..air terjun pelangi..
(aku tak tau kat mana tempat ni..=,=)

replika terowong bijih timah..(yg real takda pic)
Aku ni dah lama tak pergi Sungai Lembing ni..last pergi..tahun 2007 agaknya..sekarang ni dh agak pesat jugak pembangunan kat sana..(boleh laa)..ada mini zoo,jambatan gantung...kira boleh laa release tension..

takkan baca je kot. . .komen la sekali. . .^_^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan